JKM dapat perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan

JKM dapat perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan

Anak kedua Ismanira Abdul Manaf (kiri) dan Zaim Ikhwan Zahari kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperoleh perintah jagaan sementara terhadap adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin yang mati dibunuh, tahun lalu.

Perkara itu disahkan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau, JKM memperoleh Perintah Jagaan Sementara di bawah Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 itu daripada Mahkamah Majistret semalam.

“Dalam tempoh (dua bulan) tersebut, kita akan menentukan siapa penjaga berkelayakan untuk menjaga kanak-kanak tersebut,” katanya.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu juga telah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan selepas JKM Selangor datang mengambilnya di Puncak Bestari.

JKM Selangor mengambil langkah tersebut kerana ibu bapa kanak-kanak berkenaan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Sementara itu, peguam kepada keluarga, Mahmud Jumaat memaklumkan, pihaknya membantah tindakan JKM yang memohon penjagaan kanak-kanak itu ketika prosiding di mahkamah.

Sementara itu, peguam kepada keluarga, Mahmud Jumaat memaklumkan, pihak keluarga
membantah tindakan JKM yang memohon penjagaan kanak-kanak itu.

“Ada buat bantahan” katanya dengan ringkas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN