KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mengagalkan 54 aktiviti penyeludupan pelbagai barangan bernilai termasuk cukai sebanyak RM1,97 juta menerusi Operasi Palang Timur dan Operasi Makmur III 2024 bermula 2 hingga 31 Mei lalu. Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sepanjang tempoh itu rampasan daging khinzir sejuk beku sebanyak 17,766 kilogram menjadikan kejayaan paling besar direkodkan melibatkan nilai barang termasuk cukai berjumlah RM452,858. Menurutnya, ia diikuti oleh…