KOTA BHARU: Isu beras boleh menjadi ‘bom jangka’ dan memberi kesan tidak baik kepada keselamatan makanan negara jika kerajaan tidak serius mencari solusi terbaik menyelesaikan masalah tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong yang memiliki kilang padi dan beras, Datuk Aimi Jusoh berkata, sudah tiba masanya kerajaan memperhebatkan lagi tindakan penguatkuasaan. Menurut beliau, selain itu, kerajaan perlu melihat perjalanan padi sesudah bahan mentah itu dibeli oleh…