Imam pandu kereta tanpa lesen ditahan JPJ

Imam pandu kereta tanpa lesen ditahan JPJ

MUHAMMAD Kifli Ma Hassan (kiri) memeriksa kereta milik imam yang disita dalam Ops Khas Hari Raya Aidiladha di Akademi JPJ Timur di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan seorang imam yang membantu kereta tanpa memiliki lesen secara sah mengundang padah apabila dia ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 malam tadi.

Imam berusia 43 tahun itu ditahan bersama isteri, 39, semasa dalam perjalanan pulang dari membeli dakwat untuk membuat fotokopi teks khutbah Aidiladha yang akan disampaikan pada Isnin.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, semasa ditahan imam berkenaan mengakui tidak pernah memiliki lesen memandu secara sah.

Menurutnya, pada masa sama imam itu turut mengakui cukai jalan kereta jenis Mercedes telah tamat tempoh.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan kereta imam tersebut sudah tamat tempoh sejak dua tahun lalu. Imam tersebut turut mengaku, ini kali pertama dia ditahan oleh anggota penguat kuasa JPJ sepanjang memandu tanpa lesen.

“Ekoran itu, kita (JPJ) terpaksa menyita kereta imam tersebut dan mengeluarkan notis saman kepadanya kerana tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya pada Sidang Media Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Akademi JPJ Malaysia Wilayah Timur, di sini, malam tadi.

Sementara itu, imam berkenaan yang enggan dikenali memohon maaf diatas kesalahan tersebut.

Katanya, dia terpaksa memandu kereta ke Kota Bharu itu untuk membeli dakwat fotokopi bagi mencetak teks khutbah Hari Raya Aidiladha.

“Kereta ini dibeli menggunakan nama isteri dan dia (isteri) tidak pernah mempunyai lesen memandu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×