PASIR MAS: Imam Masjid Ar-Rahman Mukim Tok Uban di sini, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris, 44, mencuri tumpuan penduduk setempat apabila berpakaian ala pendekar lengkap bertanjak ketika menyembelih haiwan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, semalam. Syeikh Kyairder Syamzarey berkata, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk menghidupkan semula busana Melayu yang pernah menjadi kemegahan suatu masa dahulu. Menurutnya, busana Melayu perlu seharusnya terus dipromosikan khususnya dalam kalangan generasi muda supaya…










