PETALING JAYA: Ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu, sedang menjalani rawatan psikologi. Peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu kepada kanak-kanak itu berkata, pasangan itu menjalani rawatan terbabit selepas kejadian tragis yang berlaku ke atas anak sulung mereka. “Saya percaya depresi ini sudah berlaku sebelum (ditahan reman) lagi. Mana-mana keluarga apabila kehilangan orang tersayang sudah tentu akan mengalami depresi. “Saya percaya dari awal…