KUALA TERENGGANU: Peniaga dan pengguna di Terengganu menyambut baik penurunan harga runcit telur bagi gred A, B dan C sebanyak tiga sen sebiji berkuat kuasa kelmarin. Peniaga roti canai, Siti Aisyah Yusof, 36, berkata, dia membeli lima atau enam papan telur sehari dan dapat mengurangkan kos operasi sekurang-kurangnya RM10 dengan harga baharu itu. Menurutnya, pengumuman harga baharu telur bagi gred A, B dan C melegakan peniaga kecil sepertinya ketika harga…










