Guru perlu titik berat penjagaan kesihatan

Guru perlu titik berat penjagaan kesihatan

Timbalan Pengarah (Pe­rancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Ke­selamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Kumaran Karuppannan (dua dari kiri) bersama Wan Munadi (kiri) menyampaikan replika cek bayaran faedah SKIM EMAS YGMB kepada Wan Nooriman (dua dari kanan) di SMK Ibrahim Fikri, Seberang Takir, Kuala Nerus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Warga pendidik di negara ini dinasihatkan agar lebih menitik berat isu penjagaan kesihatan terutama berkait dengan penyakit-penyakit kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, berdasarkan statistik tahun lalu, lebih 50 peratus daripada RM 2 juta faedah dibayar kepada ahli-ahlinya untuk skim disertai disebabkan penyakit kritikal.

Beliau berkata, kanser dan serangan jantung merupakan dua penyakit kritikal utama yang kerap menyerang ahli YGMB dalam kalangan warga pendidik.

“Biasanya tuntutan daripada guru lelaki disebabkan serangan jantung manakala kanser payudara pula didapati kerap menyerang guru wanita.

“Sebahagian ahli YGMB yang menghidap akibat dua penyakit kritikal itu usianya masih muda lagi,” katanya pada majlis perasmian program Ceramah Anti­-Scam Terhadap Warga Pen­didik.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Terengganu, Awi Salleh.

Wan Munadi berkata, tiga kes terbaharu yang dilunaskan untuk tiga guru di Terengganu pada Rabu lalu juga melibatkan penyakit kanser.

Jelas beliau, dua guru wanita iaitu Wan Nooriman Wan Jaafar, 58, dan Wan Nur Herlienie Wan Muhd. Aminuddin, 43, disahkan menghidap kanser payudara.

“Allahyarham Ramli Ahmad yang merupakan Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering, Besut pula meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat kanser limpoma.

“Kesemua guru itu dan waris masing-masing menerima faedah berjumlah keseluruhan lebih RM102, 000,” katanya.

Wan Munadi berkata, senario tersebut menyebabkan YGMB terpanggil untuk menambah baik skim perlindungan takaful kelolaanya demi kebajikan warga pendidik dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata, YGMB telah melancarkan Skim Platinum baru-baru yang menawarkan gabungan manfaat perlindungan kesihatan dan kesihatan yang lebih komprehensif.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN