PONTIAN: Seorang pelajar menghidapi penyakit kulit kronik atau ‘psoriasis’ yang menyebabkannya tidak boleh terdedah dengan cuaca panas dan berpeluh. Nursyifa Athirah Mohd. Redzuan, 17, mula mengalami penyakit tersebut ketika berada di tingkatan dua pada 2020, menyebabkan kulitnya mengelupas, mengalami gatal-gatal dan ‘bersisik’. Ibunya, Norzilah Abu Bakar, 40, memberitahu, penyakit yang dihidapi oleh anak tunggalnya itu mula dikesan apabila kerap menghadapi demam, iaitu selang dua minggu sekali. Nursyifa yang belajar di…










