ISKANDAR PUTERI: Tunku Mahkota Ismail menyifatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim sebagai pemain yang baik, namun bukan ancaman bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Justeru, pemilik JDT itu menegaskan, tiada sebab teori konspirasi mengaitkan baginda dengan serangan simbah asid terhadap pemain sayap kebangsaan itu. “Pertama sekali, Faisal Halim ini merupakan budak yang baik, tapi saya tidak tahu hidup peribadi dia, apa yang berlaku terhadapnya merupakan satu tindakan yang wajar…










