Dulu banduan, kini pengusaha tapak perkhemahan

Dulu banduan, kini pengusaha tapak perkhemahan

MUHAMMAD Nasrul Ashraf Nasaruddin (kanan) dan Khairul Nizam (kiri) antara 20 orang individu yang menyertai program I-Kembali serta bertanggungjawab menguruskan Payo Campsite, Renggoh, Johol, Kuala Pilah sejak tahun lalu. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang bekas banduan yang pernah terlibat dalam jenayah samun kedai emas nekad berubah apabila diberikan peluang untuk menjalani kehidupan lebih baik di sebuah tapak perkhemahan iaitu Payo Campsite, Renggoh, Johol di sini sejak tahun lalu.

Lelaki tersebut, Muhammad Nasrul Ashraf Nasaruddin, 28, yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, dia menyertai program I-Kembali anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (Pergak) khusus untuk bekas banduan dan bekas penagih dadah.

“Pada tahun 2016 saya dan beberapa rakan lain dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun selepas terbabit dalam jenayah samun bersenjata secara berkumpulan di kedai emas.

“Saya bersyukur, ibu bapa saya tetap memberikan semangat apabila sentiasa melawat saya sepanjang enam tahun lapan bulan di penjara. Demi mereka saya mahu berubah dan nekad tidak mahu mengulangi perbuatan itu dengan menyertai program di sini,” katanya ketika ditemui.

Bagi Khairul Nizam Kamarudin, 50, pula dia berterima kasih kepada Pergak kerana sanggup memberi peluang kedua kepada bekas penagih dadah sepertinya bagi memulakan hidup baharu.

Menurutnya, status dirinya serta kira-kira 20 pekerja yang lain berusia seawal 20 tahun memang diketahui masyarakat setempat serta pengunjung yang datang ke tapak perkhemahan itu.

Dalam pada itu menurutnya, lokasi tapak perkhemahan itu dibangunkan sejak bulan Jun tahun lalu dan menerima sambutan yang menggalakkan.

“Kalau musim buah-buahan, pengunjung yang berkhemah di sini boleh makan secara percuma. Tapak perkhemahan ini juga boleh menempatkan kira-kira 100 khemah sama ada di tepi sungai mahupun di dalam kebun,” katanya.

Tapak perkhemahan itu diusahakan oleh Siti Murni dan suaminya, Zulfahmi Azri Zulkapli di atas tanah adat terbiar seluas 2.4 hektar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×