JOHOR BAHRU; Dua lelaki warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah MDMA seberat 58.6 kilogram (kg) di Iskandar Puteri, bulan lalu. Tertuduh, Ee Choong Kiat, 36, dan Τan Xiao Wei, 49, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R. Salini, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh. Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-duanya secara bersama-sama didakwa mengedar…