MELAKA: Seorang deejay kelab malam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam bagi pertuduhan menghalang tugas polis ketika sekatan jalan raya. Bagaimanapun, tertuduh, Ngo Wei Kian, 26, menafikan tuduhan itu dan mendakwa dirinya dipukul oleh empat anggota polis. Tertuduh membuat pengakuan itu melalui peguamnya, Cassian Anthony, Kent Tan Chow Teng dan Francis Augustine dalam rayuan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh…