PETALING JAYA: Selepas 13 hari siasatan polis, seseorang yang ditahan dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, esok. Menurut sumber, individu berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tempoh tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), tamat esok. Sehingga berita ini ditulis, semakan dalam sistem mahkamah masih belum menunjukkan identiti sebenar pihak yang akan dituduh kerana kes…