Budak 10 tahun lemas jatuh parit ketika memancing - Utusan Malaysia

Budak 10 tahun lemas jatuh parit ketika memancing

SEORANG budak lelaki lemas akibat terjatuh ke dalam parit ketika memancing berhampiran Flat Desa Mutiara, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun lemas terjatuh ke dalam parit di Flat Desa Mutiara, di sini ketika memancing petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Tinggi II, Mohd. Rashid Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 3.30 petang dan seramai tujuh anggota berserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, anggota mendapati benar terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah terjatuh ke dalam parit semasa memancing. 

“Mangsa kemudian telah berjaya ditemukan pada jarak kira-kira 10 meter dari lokasi dilaporkan jatuh dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Operasi tamat pada pukul 5.25 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu.

“Kanak-kanak itu pergi memancing bersama empat yang lain termasuk seorang abangnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN