Bot karam: Seorang nelayan lemas, tiga lagi hilang - Utusan Malaysia

Bot karam: Seorang nelayan lemas, tiga lagi hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam akibat cuaca buruk di Tanjung Segenting, ditemukan lemas pada malam ini.

Mayat Chiah Kah Chong, 53 yang juga tekong bot ditemui oleh bot nelayan yang kebetulan melalui lokasi kejadian kira-kira pukul 7 malam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat diserahkan kepada bot Penggalang 30 untuk dibawa Jeti Zon Maritim Batu Pahat.

Katanya, mayat akan diserahkan kepada pihak polis kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi tindakan selanjutnya.

“Sebelum itu, operasi mencari dan menyelamat Op Carilamat dimulakan seawal 7.00 pagi dengan enam buah aset di laut dan dua buah aset di udara telah diaturgerak.

“Ia melibatkan aset dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan awam (APM) untuk melakukan pencarian mangsa terbabit,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum itu, empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan terbalik dan tenggelam akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Segenting di Batu Pahat.

Tiga lagi mangsa bot nelayan karam yang belum ditemui ialah Lee Poh Ling, 68, Tan Hai Lan, 62, dan Daud Darus@Hamid, 53.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN