PETALING JAYA: Orang ramai mengadu mereka masih tidak dapat bekalan beras putih tempatan (BPT) di beberapa pasar raya utama dan kedai runcit. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati beberapa kedai runcit serta pasar raya di sekitar Lembah Klang masih tidak mempunyai bekalan beras tempatan. Seorang pekerja pasar raya berkata, bekalan beras putih tempatan sudah habis dan sehingga kini pihak pengurusannya masih menunggu kemasukan stok baharu. “Buat masa sekarang, bekalan beras putih…