PONTIAN: Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Sawah, Pekan Nanas, dekat sini masih menanti pelaksanaan projek naik taraf jambatan di kampung tersebut. Mereka mendakwa sudah menanti selama enam tahun sejak 2018, tetapi ‘bayang’ jambatan baharu tidak kelihatan yang merupakan laluan penting ke Pekan Nanas. Seorang penduduk, Ahmad Rastam, 72, mendakwa, keadaan jambatan sementara itu berbahaya apabila kenderaan berselisih, terutamanya apabila melibatkan lori pasir, treler dan lori tangki. “Keadaan jalan ini sibuk pada…










