ALOR GAJAH: Tahap kesedaran mengenai aspek keselamatan dalam kalangan penggiat industri pelancongan di negara ini masih rendah, kata Setiausaha Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Hanif Maidin. Menurutnya, rata-rata mereka tidak mengambil serius jika dibandingkan dengan sektor pembinaan dan pembuatan yang sering berlakunya kemalangan meragut nyawa atau hilang upaya di tempat kerja. Beliau berkata, NIOSH akan memberi khidmat nasihat kepada penggiat industri pelancongan berhubung Akta Keselamatan dan Kesihatan…

								
											








