Artis pro-Zionis tidak layak masuk Malaysia – Awie

Artis pro-Zionis tidak layak masuk Malaysia – Awie

AWIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rock, Datuk Awie, menyokong tindakan untuk memboikot konsert artis antarabangsa yang memihak kepada rejim Zionis.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 56, tindakan tersebut adalah perlu bagi me­nunjukkan ketegasan Malaysia terhadap prinsip membela rakyat Palestin.

“Saya setuju untuk kita boikot artis luar yang sokong gerakan Zionis, mereka tidak layak masuk ke Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak perlu agungkan artis yang menyokong keganasan Israel. Ia terlalu jauh de­ngan prinsip dan konsep persaudaraan yang kita pegang bersama Palestin,” katanya.

Datuk Awie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gerakan boikot konsert artis pro-Zionis yang semakin mendapat perhatian.

Bukan itu sahaja, pe­nya­nyi Iris itu juga merasakan masyarakat tidak perlu ambil pusing sekiranya timbul persepsi negatif dalam kala­ngan artis luar negara akibat gerakan boikot ini.

“Teruskan boikot, persepsi dari mereka (artis pro-Zionis) tentang negara ini tidak perlu dirisaukan.

“Mereka hanya artis. Ramai lagi selebriti lain yang sealiran dengan kita dan menyokong Palestin. Kita perlu tegas untuk halang kemasukan mereka,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia.

Terdahulu, menerusi satu video di Instagram, pe­nyanyi, Datuk Hattan, menasihati orang ramai agar tidak menghadiri konsert pe­nyanyi antarabangsa pro-Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN