TAMIL NADU: Polis mengesahkan angka kematian akibat pengambilan alkohol beracun di daerah Kallakurichi, selatan Tamil Nadu meningkat kepada 56 orang. Pegawai tertinggi polis daerah, Rajat Chaturvedi berkata, kira-kira 117 yang lain dirawat di hospital dan dilaporkan semakin pulih. Minggu lalu, beratus-ratus orang di daerah itu mengalami keracunan alkohol kerana minum arak buatan, yang dicampur dengan metanol. Pesaing politik di negeri itu saling menuding jari antara satu sama lain atas kejadian…