Anak Presiden AS bersalah, Joe Biden hormat keputusan

Anak Presiden AS bersalah, Joe Biden hormat keputusan

KELUARGA Biden dilihat berpelukan dan berbual seketika sebelum meninggalkan lapangan terbang dengan kenderaan berasingan.-AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hunter Biden, anak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api secara haram dan ketagihan dadah.

Keputusan 12 juri semalam, dicapai selepas kira-kira tiga jam perbincangan, dengan perbicaraan selama seminggu di kampung halaman keluarga Biden di Wilmington, Delaware.

Hunter, 54, dituduh membuat kenyataan palsu ketika mengisi borang untuk membeli pistol Colt Cobra.38 pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadah pada masa itu.

Keputusan ini menjadikan Hunter anak Presiden AS pertama yang disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun dan denda AS$750,000 (RM3.5 juta).

Namun, tidak jelas hukuman lain yang akan dijatuhkan oleh hakim yang bertanggungjawab, memandangkan Hunter tidak mempunyai rekod jenayah.

Sementara itu, Joe Biden berkata, beliau dan keluarga menerima keputusan kes anaknya dan menghormati proses kehakiman apabila Hunter mempertimbangkan rayuan.

Bagaimanapun, Joe Biden menegaskan kembali peranannya sebagai sebagai seorang ayah yang berusaha menyokong anaknya.

“Saya Presiden, tetapi saya juga seorang ayah,” kata Biden dalam kenyataan ringkas yang turut meluahkan rasa bangga terhadap Hunter kerana berjuang melawan ketagihan dadah.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN