ADUN Nenggiri mohon injuksi mahkamah

ADUN Nenggiri mohon injuksi mahkamah

MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggeri Mohd. Azizi Abu Naim akan memohon injuksi mahkamah selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengumumkan kerusi itu kosong bermula hari ini.

Mohd. Azizi berkata, beliau akan bertemu dengan peguamnya esok untuk membincangkan perkara tersebut sebelum membuat permohonan injuksi dalam tempoh 60 hari.

Menurutnya, mengikut tafsiran beliau tidak pernah memohon untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk menyertai parti lain.

“Dengan demikian, saya tidak terikat dengan Akta 49 A yang baharu digubal oleh Bersatu. Saya hanya mempertahankan hak saya tidak terikat dengan 49 A.

“Bila dipecat oleh parti, saya menjadi ADUN bebas dan tidak perlu mengosongkan kerusi (Nenggiri).

“Semua ini berlaku (pindaan perlembagaan) apabila saya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Awnar Ibrahim),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Azizi memberitahu, beliau sudah menjangkakan perkara tersebut selepas tidak membalas surat supaya kembali setia kepada parti dan menarik sokongan kepada kerajaan Persekutuan.

Katanya, kebiasaan pengosongan kerusi itu disebabkan oleh meninggal dunia, hilang akal atau bankrap.

Utusan Online hari ini melaporkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula hari ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak DUN Kelantan menerima satu notis bertulis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu.

Pada 7 November tahun lalu, Mohd. Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN