9 maut, 29 cedera serangan peluru berpandu Russia

9 maut, 29 cedera serangan peluru berpandu Russia

PASUKAN kecemasan mencari mangsa yang terselamat di tempat kejadian.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seramai sembilan orang terbunuh dan 29 yang lain cedera, termasuk lima kanak-kanak, selepas peluru berpandu balistik Russia menimpa sebuah bangunan pangsapuri di Kryvyi Rih, selatan Ukraine, Rabu lalu.

Menteri Dalam Negeri Ukraine, Ihor Klymenko mengesahkan serangan itu sejurus kerja-kerja pemulihan di tempat kejadian berakhir, lapor Al Jazeera.

Gambar yang dikongsikan oleh perkhidmatan kecemasan menunjukkan pasukan penyelamat memanjat timbunan runtuhan untuk membantu mangsa cedera dan maut.

“Setiap hari dan setiap masa, keganasan Russia membuktikan Ukraine kekal utuh bersama rakan kongsinya untuk mengukuhkan pertahanan udara,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy selepas serangan itu.

Beliau menyiarkan rakaman video dari lokasi serangan yang menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih terselamat dalam runtuhan dan mengulangi rayuan supaya sekutu Ukraine meningkatkan penghantaran sistem pertahanan udara yang canggih untuk mengelak serangan udara Russia.

Selasa lalu, Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menghantar sebuah lagi sistem peluru berpandu Patriot, kata dua pegawainya di Washington.

Bantuan kepada Ukraine adalah isu utama pada sidang kemuncak tahunan Kumpulan Tujuh Negara Maju (G7), yang bermula di Itali pada Khamis.

“Sistem pertahanan udara moden boleh memberikan perlindungan maksimum untuk orang ramai, bandar dan kedudukan kita. Kami memerlukannya sebanyak yang boleh,” kata Zelenskyy.

Kryvyi Rih, di selatan Ukraine, ialah kampung halaman Zelenskyy.

Kira-kira 635,000 orang tinggal di Kryvyi Rih sebelum Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN