KYIV: Seramai sembilan orang terbunuh dan 29 yang lain cedera, termasuk lima kanak-kanak, selepas peluru berpandu balistik Russia menimpa sebuah bangunan pangsapuri di Kryvyi Rih, selatan Ukraine, Rabu lalu. Menteri Dalam Negeri Ukraine, Ihor Klymenko mengesahkan serangan itu sejurus kerja-kerja pemulihan di tempat kejadian berakhir, lapor Al Jazeera. Gambar yang dikongsikan oleh perkhidmatan kecemasan menunjukkan pasukan penyelamat memanjat timbunan runtuhan untuk membantu mangsa cedera dan maut. “Setiap hari dan setiap…










