JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Perasmian 100 Tahun Tambak Johor yang diadakan di titik sempadan tambak antara Malaysia dan Singapura, pagi tadi. Baginda turut berkenan menyaksikan pelepasan 100 ekor burung merpati sebagai simbolik upacara berkenaan yang dilepas bersama antara Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan. Onn Hafiz berkata, majlis itu sangat signifikan khususnya untuk warga Johor…