PETALING JAYA: Pengguna jalan raya yang melalui Persiaran Surian Kota Damansara diingatkan lebih berhati-hati berikutan permukaan licin akibat tumpahan minyak dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan sebuah lori, pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima laporan mengenai tumpahan minyak pada 10.17 pagi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 11 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi…










