MELAKA: Tiga rakan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan mereka atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya, tiga tahun lalu. Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan terhadap tertuduh, Muhammad Abdul Rahman, 37; Mohd. Fadzli Abd. Razak, 44, dan Yusri Awang, 38. Katanya, tertuduh pertama dan kedua iaitu Muhammad dan Mohd. Fazli…