PASIR MAS: Hasrat tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar untuk masuk ke negara dengan menyeberangi Sungai Golok di sini tidak kesampaian selepas dicekup anggota Tentera Darat semalam. Ketiga-tiga PATI itu ditahan pada 9 malam semasa anggota melakukan penugasan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia. Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua PATI yang ditahan itu berusia antara 20 hingga…










