Tidak menyesal terima gaji RM220 untuk jadi guru

Tidak menyesal terima gaji RM220 untuk jadi guru

AB. RAUF Yusoh menyampaikan anugerah kepada Khairiah Abdullah pada Majlis Sambutan Hari Guru JAIM 2024 di sebuah hotel di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semangat untuk mengajar anak-anak kecil dan memastikan mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan mendorong Khairiah Abdullah, 57, berhijrah dari Terengganu ke Melaka, seterusnya dinobatkan sebagai Tokoh Guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) 2024.

Dalam usia 18 tahun, beliau berhijrah ke negeri ini dan memohon jawatan sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), walaupun hanya bergaji RM220 sebulan, iaitu jauh berbeza ketika bekerja kilang dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Khairiah berkata, dia sanggup menerima jawatan guru KAFA bukan kerana gaji tetapi atas semangat ingin menabur bakti menjadi pendidik.

Ujar pensyarah sambilan di Open University Malaysia (OUM) cawangan Melaka itu, jiwanya sudah sebati ingin menjadi guru dan tidak menyesal menerima gaji RM220 yang ditawarkan pada 1992.

“Saya sangat bersyukur kerana dengan limpah izin Allah saya dapat anugerah ini. Saya rasa ini adalah anugerah yang sangat bernilai dan ada nilai sentimental.

“Saya berhijrah dari Terengganu ke Melaka dan bertugas di bumi Melaka selama 31 tahun. Saya diterima berada di Melaka. Sejak berusia 18 tahun saya berhijrah ke bumi Melaka ini dan inilah hasil yang terima daripada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Guru JAIM 2024 di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Anugerah itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej mengerjakan umrah, piala dan sijil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×