RANTAU PANJANG: Insiden letupan bom yang berlaku di Selatan Thailand tidak mengugat rakyat Malaysia apabila mereka tetap menjadikan negara Gajah Putih itu sebagai destinasi percutian. Tinjauan Utusan Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang semalam mendapati kawasan itu dibanjiri oleh kenderaan persendirian milik warga tempatan termasuk bas persiaran yang menyaksikan kesesakan lalulintas lebih satu kilometer. Seorang pelancong, Abdul Rahim Yusof, 65, berkata, ini merupakan kali ketiga…










