PONTIAN: Kira-kira 500 penduduk Kampung Permatang Sepam Darat, Benut, dekat sini meminta pihak berkenaan menyegerakan pembinaan jambatan baharu yang menghubungkan kampung tersebut dengan Jalan Utama Parit Madirono-Parit Betak. Mereka ketika ini terpaksa menggunakan jambatan uzur tersebut walaupun tidak selamat bagi menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Seri Jaya dan Sekolah Agama Permatang Sepam. Selain itu, golongan lelaki juga menggunakan jambatan tersebut untuk pergi menunaikan solat di Masjid Kampung Permatang Sepam serta…










