KUALA LUMPUR: Terserah kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan pemberian tender membabitkan suami kepada seorang menteri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap siasatan di negara ini perlu melalui proses tertentu seperti yang termaktub dalam undang-undang. “Terserah kepada autoriti, kalau mereka ada laporan, perlu ada ketelusan. “Kalau ada laporan, ada siasatan, ada prosesnya,” katanya dalam sidang media selepas Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di Pusat Konvensyen…