PETALING JAYA: Tangkapan kedua yang ditahan di Bandar Baru Bangi, Kajang bagi membantu siasatan kes simbah asid ke atas pemain bola sepak negara, Faisal Halim dibebaskan. Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini setelah proses soal siasat selesai. Bagaimanapun, kata kenyataan JSJ, lelaki itu boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk membantu siasatan dalam kes tersebut sekiranya diperlukan oleh PDRM. “Tiada sebarang pengakuan dari lelaki…