ALOR GAJAH: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di Villa D’Acqua, Masjid Tanah di sini, hari ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira pukul 3 petang diiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dengan disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Ab. Aziz. Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka ialah barisan Exco, Ahli…