SEREMBAN: Projek pembangunan industri baharu Seri Pajam Development (SPD) Tech Valley Senawang yang bernilai RM3 bilion dijangka dapat mengukuhkan Negeri Sembilan sebagai pusat inovasi dan teknologi serantau. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kawasan perindustrian berkeluasan 211 hektar itu yang berkonsepkan Taman Perindustrian Berpusat dan Berpagar (Managed Industrial Park) akan menarik kemasukan pelabur berpotensi tinggi. “SDP Tech Valley dijangka akan menjadi motor penggerak ekonomi baharu di Negeri Sembilan dengan…











