Skuad Piala Belia Kelantan FA enggan dabik dada

Skuad Piala Belia Kelantan FA enggan dabik dada

MOHD. Sidek Shamsuddin (dua kanan) tegas semasa memberikan arahan kepada pemain Piala Belia Kelantan FA semas aksi menentang Melaka di Machang, Kelantan, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pegendali Skuad Belia Kelantan FA Mohd. Sidek Shamsudin enggan mendabik dada meskipun berjaya melakar tiga kemenangan berturut-turut termasuk membenam Melaka 3-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Mini UiTM Machang pada Sabtu lalu.

Beliau sebaliknya berkata, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Kelantan FC jika mahu melangkah jauh dalam saingan musim ini.

“Perjalanan masih lagi jauh, kita baru melalui empat perlawanan termasuk tumpas pada aksi pembukaan menentang Singa Muda Perlis.

“Insya-Allah dengan ramuan pemain yang ada, saya akan berusaha memastikan Kelantan FA menamatkan saingan musim ini dalam empat kelompok terbaik untuk mara ke pentas berikutnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Sidek memberitahu, sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai hasil sokongan padu yang diberikan oleh pihak pengurusan.

Katanya, dia berharap selepas ini pemain kekal fokus dengan memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi.

“Kesempatan yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan saya yakin pemain mampu mengatasi setiap cabaran.

“Kita akan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Walaupun pasukan ini baru dibentuk, namun saya perlu memberikan kreadit dengan prestasi yang diperagakan,” ujarnya.

Tambahnya, hal ini kerana pasukan yang berada dalam Kumpulan A bukan calang-calang kerana mempunyai kekuatan sukar untuk diramalkan.

Selepas mengharungi empat perlawanan Skuad Kijang Muda meriah tiga kemenangan dan mengumpul sembilan mata dengan menduduki tangga ketiga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN