KUCHING: Kerajaan Sarawak telah membentangkan 15 perkara yang komprehensif kepada kerajaan persekutuan yang bertujuan untuk menurunkan kuasa bidang pendidikan daripada kerajaan pusat kepada kerajaan Sarawak. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, perkara yang dibentangkan adalah sebahagian daripada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam rangka kerja perenggan 17 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962. Beliau berkata pada masa ini pihak kementerian beliau dan Kementerian Pendidikan…










