SEREMBAN: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Negeri Sembilan berharap supaya kerajaan negeri mempertimbang untuk memberikan kebenaran kepada pemaju perumahan bagi membina rumah mampu milik jenis A berstrata di kawasan bandar khususnya di Seremban dan Nilai. Pengerusinya, Desmond Yap Poh Seng berkata, penggunaan tanah yang lebih efisien dilihat akan menambah bekalan perumahan di kawasan bandar berbanding bagi pembinaan rumah teres. “Kepadatan ekonomi dan pembangunan infrastruktur yang lebih baik di…