HULU SELANGOR: Suasana hiba menyelubungi pekarangan Hospital Kuala Kubu Baharu apabila tiga sekeluarga ditemukan lemas di Sungai Balak, Batang Kali, tengah hari tadi. Mayat tiga beranak itu dibawa oleh ambulans ke Unit Forensik sekitar pukul 4.20 petang. Mangsa adalah Arif Fadzil Abdul Salleh, 43, dan dua anaknya iaitu Damia Fadzil Abdul Salleh, 9, dan Abdul Malik, 6 tahun. Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia mendapati ahli keluarga terdekat mangsa sudah mula berkumpul…










