Polis siasat kes pengawal peribadi VVIP disyaki pukul pemandu e-hailing - Utusan Malaysia

Polis siasat kes pengawal peribadi VVIP disyaki pukul pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang pemandu e-hailing yang dipukul oleh pengawal peribadi individu kenamaan di sebuah hotel semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita sedang siasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengadu dalam kes ini memang orang kurang upaya (OKU),” katanya

Menurut Mohd. Shuhaily, kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Baru-baru ini, seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul okeh pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya.

Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×