KUANTAN: Poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Batu 10 di sini bakal memberikan manfaat kepada kira-kira 16,000 warga ATM dan ahli keluarga di situ. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, poliklinik ATM pertama di Pahang yang membabitkan kos berjumlah RM27.12 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan. “Poliklinik ini bagi memberi rawatan dan perkhidmatan kepada anggota tentera, ahli keluarga, veteran dan juga turut dibuka kepada orang…