PETALING JAYA: Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara susulan semua Stesen Monorel antara Stesen Hang Tuah dan Medan Tunku tidak dapat beroperasi susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel hari ini. Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan yang diaktifkan adalah bas perantara ulang-alik dari KL Sentral ke Medan Tuanku dan tren perantara antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1). “Pengumuman menerusi platform rasmi media…