Pernah tinggal dalam reban ayam, Raja Kamarul Mukmin dapat 8A

Pernah tinggal dalam reban ayam, Raja Kamarul Mukmin dapat 8A

RAJA Amirul Mukmin Raja Safari (kanan) menunjukkan slip keputusan SPM bersama keluarganya di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh semalam. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kemiskinan keluarga sehingga pernah tinggal dalam reban ayam dibaik pulih membakar semangat pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal mendapat 8A, 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin.

Berkongsi kejayaan dengan Utusan Malaysia, Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang, Raja Amirul Mukmin Raja Safari, 18, berkata, kesusahan keluarga menjadi motivasi yang paling kuat buat dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh selain nasihat ibu bapa dan motivasi penggerak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu keluarganya.

Menurutnya, kehidupan di asrama dan bimbingan guru banyak membantu kejayaannya selain istiqomah menunaikan amalan sunnah.

“Saya belajar seperti biasa sebagaimana jadual yang disusun oleh guru namun perbincangan berkumpulan dan ulangkaji diberi tumpuan.

“Solat duha setiap hari dan amalan bacaan Yasin pada malam Khamis, Jumaat dan Sabtu adalah amalan rutin untuk mengukuh ingatan dan ketenangan jiwa,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Gong Manak, di sini semalam.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, dia bercadang menyambung pengajiam dalam jurusan Kejuruteraan Kimia sesuai dengan cita-citanya yang mahu menjadi pakar kimia suatu masa nanti.

“Apa pun saya lebih cenderung memilih universiti yang paling dekat bagi membolehkan saya mudah pulang ke rumah untuk bersama ibu bapa dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu bapanya, Raja Safari Raja Ibrahim, 43, bersyukur dengan kejayaan Raja Kamarul Mukmin yang membawa sinar untuk mengubah kehidupan keluarga mereka tidak lama lagi.

Menurutnya, sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap kesusahannnya termasuk Volenteer I Care (VIC), Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (Maik) serta lain-lain NGO amat dihargai.

“Saya akan berusaha mencari sumber pendapatan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai pencuci kereta pada waktu siang dan pengawal keselamatan di satu daripada syarikat baja pada sebelah malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN