‘Perigi merdeka’ tidak pernah kering, jadi tumpuan ramai di musim kemarau

‘Perigi merdeka’ tidak pernah kering, jadi tumpuan ramai di musim kemarau

ISMAIL Osman mengambil air dari perigi merdeka untuk kegunaan harian sepanjang musim kemarau di Kampung Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah perigi yang dibina semasa pengisytiharan kemerdekaan negara masih mampu berfungsi dengan membekalkan air kepada ribuan penduduk Kampung Padang Kala di sini sejak kemarau me­landa, dua bulan lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan perigi dan telaga tiub yang dibina penduduk sudah mulai kering sejak dua minggu lalu sekali gus menyaksikan mereka terpaksa membeli air bersih bagi tujuan memasak serta minum.

Seorang penduduk, Ismail Osman, 66, berkata, perigi berusia 67 tahun itu menjadi tumpuan utama penduduk bagi mendapatkan sumber air untuk mandi dan membasuh.

“Alhamdulillah, walaupun kemarau, perigi ini tidak pernah kering dan masih boleh memberikan manfaat kepada orang lain.

“Penduduk yang ingin mengambil air boleh menggunakan timba yang disediakan sebelum diangkut ke rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang peniaga kedai makan, Che Yam Muhammad memberitahu, kebanyakan telaga tiub yang digali untuk mendapatkan bekalan air sudah ke­ring sejak Ramadan lalu.

Katanya, disebabkan itu dia bergantung sepenuhnya kepada perigi merdeka untuk mencuci pinggan dan mangkuk yang digunakan oleh pelanggan.

“Untuk minuman pula, saya terpaksa membeli air bagi membolehkan kedai terus beroperasi.

“Jika tutup, saya akan hilang punca pendapatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN