Kelab permotoran motosikal kembara, BMW GS Owners Malaysia (GSOM) menganjurkan konvoi dari Lembah Klang ke Sudara Resort, Bachok, Kelantan, baru-baru ini. Perhimpunan mega kali kelapan ini mengumpulkan kira-kira 394 peserta melibatkan lebih 240 buah motosikal. Wakil jawatankuasa GSOM, Syahrul Sa’ad berkata, program diadakan di Pantai Timur bertujuan meraikan ahli-ahli dari Kelantan, Terengganu dan Pahang yang sentiasa menyokong aktiviti kelab. Program kali ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan dan…










