Pencapaian Cheng Ho jadi inspirasi

Pencapaian Cheng Ho jadi inspirasi

ZAIDI Attan (kiri) bersama Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin (dua, kiri) pada Majlis Sambutan Ketibaan Kapal Layar Tradisional Fu Ning di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pencapaian luar biasa Laksamana Cheng Ho dalam bidang pelayaran menjadi asbab kapal layar tradisional terbesar dunia, Fu Ning berlabuh di Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas di sini.

Pemilik kapal sepanjang 41.6 meter dengan 12 meter lebar itu, Lin Chang Jiu berkata, pencapaian pahlawan dari China itu memberi inspirasi kepada beliau untuk turut berlayar dan singgah di Melaka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, pelayaran tersebut merupakan satu sejarah untuk meneroka semula laluan sutera maritim.

Menurutnya, ketibaan kapal tradisional terbesar dunia itu juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperkasa sektor pelancongan.

“Antara signifikan lawatan tersebut adalah keakraban hubungan Kerajaan China dan Melaka yang telah lama terjalin. Kerjasama yang sangat erat ini pernah menjadikan kawasan pelabuhan di negeri ini antara yang termasyhur sekitar tahun 1400 lalu.

“Justeru, hubungan ini perlu diperkasakan semula bukan sahaja untuk menarik lebih ramai pelancong terutama dari China bahkan meningkatkan keupayaan kita dari segi pelaburan teknologi dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Sambutan Ketibaan Kapal Layar Tradisional Fu Ning, semalam.

Tambah Zaidi, kerajaan ne­geri menyasarkan kedatangangan sejuta pelancong China ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 berbanding 204,818 orang tahun lalu.

Beliau berkata, sasaran itu termasuk pelancong China yang menginap sekurang-kurangnya tiga malam di Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN