Pemilik kenderaan guna gambar Agong ketika berkempen dituduh hari ini - Utusan Malaysia

Pemilik kenderaan guna gambar Agong ketika berkempen dituduh hari ini

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kertas siasatan membabitkan dua lelaki yang ditahan selepas menaiki kenderaan pacuan empat roda menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, semalam.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pertuduhan akan dilakukan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan berkenaan di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

“Kita (polis) akan tuduh seorang daripada dua suspek yang ditahan kelmarin. Suspek berusia 66 tahun itu akan dituduh hari ini di Mahkamah Hulu Selangor.

“Suspek juga mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan jenayah,” katanya di sini.

Sabtu lalu, dua lelaki diberkas selepas pacuan empat roda yang dinaiki menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu. – UTUSAN



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN