Pemandu lori dikejutkan 'hujan peluru' depan rumah - Utusan Malaysia

Pemandu lori dikejutkan ‘hujan peluru’ depan rumah

KEADAAN kereta yang mengalami kerosakan selepas terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tidur nyenyak seorang pemandu lori terganggu selepas dikejutkan dengan bunyi empat das tembakan dilepaskan oleh individu tidak dikenali di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini awal pagi tadi.

Tembakan yang dilepaskan sekitar pukul 3.30 pagi telah mengenai sebuah kereta dan trak pikap yang berada dihadapan rumahnya.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an berkata, semasa tidur dia dan keluarganya telah dikejutkan dengan empat das tembakan di arah luar.

Menurutnya, menyedari insiden yang menyasarkan rumahnya itu, dia bangun dan menjenguk ke luar rumah sebelum mendapati suspek sudah melarikan diri.

“Saya bergegas keluar dan mendapati cermin belakang dan cermin sisi kereta jenis Perodua Viva telah pecah akibat terkena tembakan itu.

“Selain itu, terdapat juga kesan tembakan pada bahagian belakang trak pikap jenis Mitsubishi Triton,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Mangsa memberitahu, dia amat terkejut apabila rumahnya menjadi sasaran untuk suspek melepaskan tembakan.

Ujarnya, bimbang dengan insiden itu, dia terus membuat laporan kejadian tersebut di Balai Polis Meranti, di sini, pagi tadi

Sementara itu, seorang penduduk, yang dikenali sebagai Mat, 50, berkata dia menyedari kejadian tembakan selepas dimaklumkan oleh beberapa penduduk kampung.

Katanya, dia fahamkan, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada dendam lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN