KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka menggunakan kamera badan dalam operasi harian tidak lama lagi selepas penghantaran pertama peralatan tersebut dijadualkan bermula Jun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah meminta pelaksanaan penggunaan kamera badan dalam operasi harian PDRM disegerakan tanpa menunggu sehingga ke tahun depan. “Bajet sudah lama tersedia namun proses perolehan telah berubah-ubah beberapa kali,” katanya kepada pemberita, hari ini. Beliau berkata…